.

.

Monday, 4 November 2013

itu saja

Perempuan,
itu kaumku,
selalu kalah dengan sembilan nafsu,
dek kerana akal yang satu,
tapi kalah itu bukan bodoh,salah juga bukan bodoh,
perempuan itu,
bangkit bila jatuh,kuat walau kelihatan rapuh,
dan kerana seorang perempuan itu juga lelaki bisa patuh,
jika ingin dipandang istimewa,
tunjukkanlah pada dunia bahawa kau istimewa,
tapi bukan dengan drama dan tayangan percuma,
tapi dengan satu akal yang bisa gegarkan dunia
itu saja.




No comments: