.

.

Friday, 22 November 2013

Dia

''if people choose you rather than their sleep,you must be important to them''
-anonymous-

jika saat baca ayat diatas kita fikirkan seorang manusia,
kita masih belum cukup cintakan Dia,
dan aku juga,
baru terfikir,
ayat ini sesuai dan sempurna digunakan untuk Dia,
jika pukul 3-4 pagi kita bangun hanya untuk jumpa Dia,
hanya Dia
Dia mestinya sangat penting bagi kita,
ya,
hanya Dia.

masihkah


dan seringkali nanti-nanti lah,
masa masih ada untuk kenaliNya,
tapi aku lupa,
masih adakah masa untuk aku,
dan aku terjumpa kata-kata ini,


''Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali''
dan aku masih tunggu??

tiada apa

perhatikan langit,bulan,bintang,
bahkan burung yang berterbangan,
pernah aku perhatikan laut dan cari penghujungnya,
tapi aku tak pernah jumpa,
pernah aku perhatikan semua,
sekaligus aku rasa betapa kerdilnya,
sungguh!
bukan setakat diri,jiwa tapi juga kerdilnya usaha,
usaha untuk aku kejar syurga,
untuk aku baikkan catatan dikanan,
bahkan saat ini kiri terasa terlalu berat,
diluar sana saat ini.
ada yang duduk tertib ditikar solatnya,
bahkan saat ini ada yang bertarung untuk agama,
bahkan ada saat ini yang perhebatkan jalan kesyurga,
dan ada pada saat ini mujahid bertemu bidadarinya,
dan aku saat ini?


tiada apa..



Tuesday, 19 November 2013

pfffttt..

kau rasa kau hebat,
kau rasa kau cukup kuat,
kau rasa kau tak payah ikut syariat?
kau tengok langit,
cuba kau cuba sentuh,
pasti saja tidak tercapai,
bahkan tak mungkin walau dengan akal,



kau rasa kau cukup sifat?
barangkali kau belum cuba kenal yang maha hebat!


dan semakin

makin lama makin banyak,
yang aku dengar,nampak dan tahu,
tapi adakah aku memahami??
aku ragu yang aku faham,
sedikit mungkin,
sandiwara dunia sama hebatnya dengan drama,
atau mungkin lebih lagi,
dan kau akan lelah kalau cuba fahami semua,
jadi kau pilih,
untuk serabutkan kepala kau dengan memilih.



Monday, 18 November 2013

tapi bukan itu

lari dan berhenti dalam hujan,
seakan hujan itu dapat basuh diri,
 basuh jiwa dan hati sekali,
bawa pergi yang tak nak diingati,
aku harap boleh begitu,
andai saja boleh begitu,


tapi aku tahu bukan dengan cara itu

Sunday, 17 November 2013

aku juga

tak semuanya perlu diungkapkan,
adakala bisu itu perlu,
dan diam itu digalakkan,
tak semua orang pedulikan,
walau sebulat suara kau jeritkan,
dalam diam kau masih boleh bicara dengan tuhan,
kau masih rasa sendirian?
mungkin sebab kau cari Dia hanya bila kesusahan,


dan untuk aku tolong ingatkan.

dan aku masih ingat

aku pernah jahat bahkan mungkin jahil,
dan mungkin masih jahil,
aku pernah melukakan dan dilukakan,
sama ada cinta atau persahabatan.
aku pernah ketawa tak ingat dunia,
mungkin akhirat juga aku pernah lupa,
aku pernah lalui semua,
tapi bila aku benar-benar kenal Dia,
saat itu baru aku sedar aku manusia,
yang aku mutlaknya seorang hamba,
dan aku masih ingat semua,




Friday, 15 November 2013

bukan ?

bunga itu mekar,
tapi pasti layu dan mati tinggalkan akar,
begitu juga duka yang mengakar,
gembira pasti akan terlakar.
jangan pernah bertuhankan kesedihan,
kau punya iman bukan?
juga kau punya tuhan.


Thursday, 14 November 2013

akan sebaliknya

dalam gelap kita cari cahaya,
barangkali takut jika tanpanya
atau yang ada disebalik gelap itu.
 penakut akan gelap,ya aku,
tak pasti takut akannya atau yang disebaliknya,


atau mungkin aku takut,
jika hidup tanpa cahaya.

Wednesday, 13 November 2013

sekurangnya

terbaik bagi aku,
sekurangnya aku cuba,
tapi tidak bagi kau,
mungkin cuma itu yang aku mampu,
kau cuba?
itu aku ragu.

aku berdiri kerana aku tahu,
itu sebaik-baik pintu.

p/s: dan aku masih berdiri.

yang ke 29

4 tahun dah berlalu,
hari ini,
kau sepatutnya genap 29 tahun,
ya,
hanya sepatutnya,
dan
aku rindu,


sungguh dan selalu.


Monday, 11 November 2013

brsuara diam

berdiam dirilah,
kepada perkara yang bukan-bukan,
bersuaralah,
kepada perkara yang memberi kebaikan.
kau punya akal bukan?


Friday, 8 November 2013

jatuh


saat rasa terhimpit,
Allah tetap satu,
meskipun
Jatuh itu sakit 
tapi 
bangun itu perlu.



Wednesday, 6 November 2013

aku pernah

pernah rasa sesak penuh hati,
tapi sunyi jika bersendiri,
pernah rasa ini tempat kita,
tapi kita tak selesa disana,
pernah rasa disakiti,
tapi sakit itu yang celikkan mata hati,
pernah rasa ingin jadi seperti mereka,sempurna,
walhal kita dah sempurna dengan kekurangan yang ada,
pernah rasa ingin menjerit,
tapi perlu diamkan rasa perit,
pernah rasa tidak puas hati,
tak sedar dah banyak yang Allah beri,
jika pernah rasa semuanya,
ya,kita manusia.
lemah,leka dan alpa
hingga terlupa Allah itu ada.

rain



in the rain we're dancing,
dancing,
dancing,
and dancing,
to hide all the sorrows feeling,
and as if the pains will leaving,
with all the water that pouring.

al fatihah

apa yang Allah pinjamkan,
Allah akan ambil semula,
tempat dan masa itu rahsia,
Allah pinjamkan kami atuk(chek),
hari ni Allah ambil semula,
kekuasaan Allah yang mana lagi tak buka mata kita,
yang hidup dan mati kita ditangan Dia.
airmata jatuh,
hati juga luruh,
tapi qada' dan qadar perlu dipatuh,
tunggu kami disana.
syurga yang indah dengan izinNya.


*Ada sayang chek..sungguh!!

Monday, 4 November 2013

hijrah

tutup buku lama,
buka buku yang baru,
tapi sesekali selaklah yang lama,
bukan semata untuk penyesalan,
tapi jadikan pedoman.

-salam maal hijrah 1435H-




dan masih

masa dan tempat jarakkan semua,
juga hati senang berubah rasa,
dulu aku tahu tapi sekarang aku ragu,
kau masih ingat aku?


dan aku masih..

itu saja

Perempuan,
itu kaumku,
selalu kalah dengan sembilan nafsu,
dek kerana akal yang satu,
tapi kalah itu bukan bodoh,salah juga bukan bodoh,
perempuan itu,
bangkit bila jatuh,kuat walau kelihatan rapuh,
dan kerana seorang perempuan itu juga lelaki bisa patuh,
jika ingin dipandang istimewa,
tunjukkanlah pada dunia bahawa kau istimewa,
tapi bukan dengan drama dan tayangan percuma,
tapi dengan satu akal yang bisa gegarkan dunia
itu saja.




Sunday, 3 November 2013

rezeki mereka

piala malaysia 2013
gomo kelate gomo vs hogoh pahang hogoh,
tahniah pahang game yang cantik,
tahniah kelantan trials yang baik,
kalah menang itu adat,
apa pun kelate tetap dihati bohh.

nah hadiah untuk pahang :)


hanya sekuntum

mawar itu,
tiada yang seakan dirinya,
mawar itu dalam hujan,
terlihat sakit tapi masih menyerlah,
mawar itu berduri,
dalam hujan masih berdiri,
dan mawar itu yang paling cantik sekali,
bagi aku mawar itu hanya sekuntum,
mawar itu mungkin layu,
hilang cantiknya tidak dipandang,
tapi bagi aku ia cuma satu,
cantik pada aku.
dan,
hanya sekuntum
sepertinya.


p/s : andai aku mawar itu.kau sudi terima aku.yang akan layu dan sekadar yang mampu..

sunyi itu tanpa bunyi

hairan,
dengan keadaan,
hadir sunyi dalam kemeriahan,
tapi aku tetap pegang,
yang aku ada Tuhan.
saat sunyi cuba berteman,
aku cari Quran dan aku jumpa Tuhan.

Saturday, 2 November 2013

berakhirnya.

bismillahirahmanirahim

airmata jatuh sebelum alhamdulillah diucap,
 alhamdulillah terucap juga,
Allah bagi lebih dari yang aku jangka,
sungguh lebih dari yang aku minta,
kala melihat result final semester yang lalu,
semua ini dari Dia
juga doa mama abah,
aku yakin dan tahu ini bukan sepenuhnya dari aku.
dengan itu berakhirnya diploma,
ya,
baru diploma.
jauh lagi aku perlu melangkah,
jauh lagi kaki ni perlu gagah,
dan aku akan melangkah kearah yang aku belum pasti,
cuma aku harap jauh dari perkara yang akan buat aku rugi
itu saja.