.

.

Saturday, 6 April 2013

ukhuwah,sekeping kain tanda cinta

5 april 2013
kenangan.yang tak mungkin dan tak nak diclearkan dalam history hidup..
ahh mereka..buat aku ketawa cukup pandai..senang sungguh melihat telatah satu demi satu adik-adik bagiku..
setiap seorang punya watak yang menarik..dan aku tertarik.tarikh semalam.salam perpisahan buat beberapa orang..ku masakkan makanan walau tak seberapa..alasan untuk aku luangkan masa bersama mereka...

sebak seandainya mereka tahu..rasa tak ingin berpisah kerana banyak yang aku belajar dari mereka..dekat walau pun hnya sedikit masa kami bersama..tapi punya impak yang besar buat aku.

.pengenalan dengan mereka buat aku kenal erti ukhuwah sebenar..ukhuwahfillah...bersahabat kerana Allah swt.Ku bersama mereka ku ingatkan akhirat.kerana itu berat sungguh ingin berpisah rasanya.tapi tiada daya untuk menghalang kerana dirancang semuanya oleh Sebaik-baik perancang.

dan buat seorang adik..terima kasih untuk tanda kenangan itu..hadiah bermakna dari seorang adik..sekeping kain tanda cinta..sekeping kain yang amat bermakna..yang akan aku guna satu hari dengan istiqamahnya.purdah,niqab atau apa saja panggilannya,ya.akan aku cuba..doakan aku in shaa Allah...

berat sungguh hati apabila terfikir nipisnya peluang nak berjumpa lagi..tapi aku tahu.bertemu kerana Allah pasti tidak akan jemu,,berpisah kerana Allah juga pasti tidak gelisah..jadi aku pasrah dan padaNya aku serah..semoga ukhuwah tetap bercambah walau jasad terpisah..aaminn..:')

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."



No comments: