.

.

Tuesday, 24 June 2014

kau aku

kutip yang berderai,
aku belajar cantumkan semula,
sendiri dengan Dia tanpa manusia.
gelap dan makin kelam,
makin sakit makin dalam,
makin perit macam ditikam,
semua kerana bodohnya setengah manusia,
darah tanpa merahnya mengalir,
dalam diam disudut dalam,
pelakon hebat berdiri,
berdialog ria depan manusia,
cuma untuk sembunyi luka.

Wednesday, 18 June 2014

diri!

lontarkan saja kau kemana,
yang penting kau perlu jadi berguna.

Monday, 16 June 2014

Hati

Kau datang aturan dari tuhan,
Mohon bukan sekadar singgahan.
Kekalkan rasa ini ya rahman.

Saturday, 7 June 2014

Susah

Tak semua tersusun mudah,
Terkadang perlu melangkah payah,
Walau nampak berdiri gagah,
Ada masanya sakit terkadang rebah.