.

.

Thursday, 27 February 2014

teori semata!

andai kata mengaku diri ini islam,
tapi tidak pernah amal hukum hakam,
ibaratkan saja teori tanpa praktikalnya,
dan itu cuma pandai berkata tanpa tunjukkan,
cuma suara atas angin tanpa hitam putih,
tiada bukti atau penjelasan,
umpama sebelah kaki kau berjalan.
dan jika kau pandang dari segi pembelajaran,
kau cuma hebat teori tanpa lalui praktikal,
akan tiada istilah graduasi,
dan jika kau masih teruskan dunia dengan hanya teori,
umpama tiada sijil pahala,
yang kau nak bawa untuk lepas kesyurga.




Friday, 21 February 2014

aku rindu..sungguh!

Na,
mama abah dan jadi umi ma dengan tok abah,
ejan dengan kak nurul dah jadi ayah mama,
kitorang dah jadi mak cik pakcik,
na pun,
kepada muhammad rayyan mikail,
Ada panggil dia muhammad!
na,
yani sekarang kerja kat kelana jaya,
dia pun dah ada calon,
harapnya ,
epi dah bertunang dengan kak miza,
epi sekarang kerja dekat jepun,
engineer macam na dulu,
dia betul2 ikut jejak na,
na,
key sekarang kerja dekat shah alam,
dia baru lepas interview polis,
macam tak caya je kan,polis???
hehe,inshaaAllah dapat,
na,
Ada dah abis diploma,
bulan 5 nanti Ada konvo,
lagi seminggu Ada sambung ijazah,
macam na dulu,
tapi Ada islamic banking,
na,
kilah sekarang dekat matrik,
macam na jugak dulu,
bulan 4 ni dia abis,
bulan 9 nanti dia sambung degree jugak,
in shaa Allah,
na,
najah kat sekolah menengah sekarang,
amin pulak macam biasa,
peneman mama abah dekat rumah,
na,
mesti na bangga dengan adik2 na kan,
seorang2 ikut jejak na,
na,
Ada rindu na,
sungguh!!
apa yang Ada tulis ni ada harap dapat cerita kat na,
depan2,
tapi sekarang cuma dalam doa,
dan dekat sini,
dah 5 tahun,
Ada rindu na.
Allah,aku rindu dia.
:'(

-alfatihah noor fazliana bt che hussin-
-1984-2009-
*moga na ditempat yang terbaik disisi dia*
aamin



Sunday, 16 February 2014

Pejamkan saja!

Pejamkan mata dengarkan nada,
Penenang jiwa surat cintaNya,
Hilangkan risau akan manusia.
Tutup mata pekakkan telinga,
Biarkan jiwa pergi mengikut nadaNya.

Wednesday, 12 February 2014

Rasa 2.00 am.

2.00 am

Terkadang manusia lemah melawan,
Bukan kata mereka tapi aku,
Setiap kali rebah baru kembali,
Kusut tersimpul terlerai oleh illahi.

Terkadang lumrah dalam berkawan,
Kuharap kau jadi peringatan,
Agar aku lebih mencari tuhan,
Dan kita berlari ke arahNya,
bertembung dalam perjalanan mencari Dia.

Dan aku harap ini semua,
adalah rasa dari tuhan,melalui kau,untuk aku.

Monday, 10 February 2014

biarkan

biar orang tak pandang asalkan Allah tetap sayang,

biar kat dunia tak senang asalkan solat jadi tiang.

biar sakit kat dunia itu tanda Allah sayang,

biarkan saja orang mengata asalkan Allah tahu niat kita,

jangan cari perhatian hamba tapi kejar redha pencipta,

kelakuan itu harus terjaga agar Dia senang nak pandang kita,

abaikan saja pandangan manusia, syurga nereka mereka juga ditangan Dia.



Sunday, 9 February 2014

Thought!

Close it tight as in leave forever,
Afraid as in alone nowhere here,
Cry as in litle child lost a mother,
Oh dear,
always wish you were here,
Lead me as i need to be led,
Hold me,im afraid i will slip,
Tell me everything will be okay,
As He is the one will guide the lost one to the right path,
And with the remembrance of Him,calmness will surround my heart..
Surely undefied!

Friday, 7 February 2014

Pilihan

Saat berkawan,
Jika kau lebihkan Tuhan,
Jika kau cari dia bersungguhan,
Dan saat kau dgn tuhan aku kau tinggalkan,
Jujur,
Kau pilihan!
Jangan risau tapi teruskan.
Aku tunggu dengan senyuman.

Hadam!

Just owned!
Dari semalam aku menghadam,
Setiap titik dan tulisan hitam.
Setiap ayat yg mudah tapi punya maksud dalam.
Contengan jalanan,
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan!

Wednesday, 5 February 2014

Titik itu!

Akan datang satu saat perlu adanya titik untuk sesuatu,
Titik akhirnya pengharapan tentang itu,
Putus asa itu perlu,
Agar sambungan cerita lebih bermakna,
titik itu perlu,
Agar ada penghujung bagi sesuatu,
Untuk mulakan sesuatu yang baru.

Tuesday, 4 February 2014

Yang mana?

Yang Dia simpan lebih baik,
Terlindung dari luka,
Tersimpan dari cela,
Untuk apa mahu biarkan ia terbuka,
Andai ia untuk yang teristimewa.

Saturday, 1 February 2014

rainbow

seakan pelangi yang dah lama wujud,
tapi  aku baru sedar akan hadirnya,
muncul setelah hujan dibantu cahaya,
tapi mungkin terlalu berlindung dengan payung,
hingga tak terdongak memandang engkau.
dari jauh memberi warna,
cuma aku yang tak menghargainya.

doakan aku

dah 10 tahun tinggalkan sekolah rendah,
dah 5 tahun tinggalkan sekolah menengah,
dah habis 3 tahun struggle untuk diploma,
dan baru semalam dapat tawaran sambung ijazah sarjana muda,
untuk 2 tahun seterusnya dengan izinNya,
tapi,
macam baru semalam pergi tuition untuk upsr,
macam baru semalam pergi kelas tambahan untuk pmr,
macam baru semalam pergi kem kemantapan rohani,
macam baru semalam pergi ceramah motivasi spm,
macam baru semalam dapat tawaran diploma,
macam baru semalam tamatkan 3 tahun diploma,
dan  semalam dapat tawaran ijazah sarjana muda,
kesimpulannya,
aku makin tua,
dari sudut umur cuma,
22!
tapi belum tentu matang tentukan setiap satunya.
dan perlu matang untuk hari seterusnya.

doakan aku okay?