.

.

Tuesday, 31 December 2013

sesal

akan datang waktu dimana timbulnya penyesalan,
sesal  pernah berkasar,
sesal  pernah tinggikan suara,
sesal  tak pernah mencuba,
sesal  putuskan tali saudara,
sesal  pernah menggila.
sesal  tak lawan godaan nya,
sesal mengikut amarah bak naga.
tiada satu waktu pun yang tak pernah menyesal,
akan perkara yang dah pergi dengan waktunya,
walau secebis perkara.
ini jalan cerita yang ditulisNya,
 perlu ikut setiap satunya,
dan ciptakan pembetulan bagi setiap penyesalan.
ya,
harus cuba,
untuk setiap satunya.

Monday, 23 December 2013

kau pilih?

setiap seorang itu watak,
yang utama dalam jalan masing-masing,
cuma perlu pilih genre cerita hidup,
sama ada hiburan tanpa sempadan,
atau agama dengan teladan,
atau kau campur tambahkan,
pilihlah dengan iman,
penontonnya cuma dua,
yang akan tulis buruk dan baiknya,
cerita akan di 'rate' kan dan dihantar kepada Dia,
setiap scene yang kau lakonkan,
ending cerita juga dua,
terus ke syurga atau perlu singgah ke neraka.
dan kau pilih??

Friday, 6 December 2013

sedikit

cuma sedikit setakat yang termampu,
setakat yang yakin aku mampu,
biar sedikit,
Allah tetap tahu.
dan dikira setiap satu.

Sunday, 1 December 2013

@#$%^&*

an actor dead,they act like world comes to an end.
who can replace him??,nobody can they said.
thousands of Muslim dead, and they act like nothing????
such a shame!